Assalamualaikum
Hai
nak ambik berkat sikit petang-petang ni kan.. :) kot-kot calon-calon suami minat ke kan..hehe korang jangan nak muntah dah la
baca statement ni..
Ok post kali ni
nak kongsi sikit aktiviti miss H' masa sem 4 di uitm sebelum ni..walaupun
konvension tu dah lepas tapi tak kira cek nak cerita jugak..ampa semua kena tau
jugak apa yang dah berlaku masa hari tu.nak tau tak apa yang gempaknya..Jom-jom
kita skodeng gambar-gambar dekat bawah ni..
~ ~ layan ~ ~
tadaa.. ni la buktinya
wo de laoshi lee chai chuen
mesti korang tak faham lagi kan..mesti
ayat korang macam ni. ''ish apa la miss H ni tunjuk pun gambar orang tengah
posing atas stage kami pun boleh buat..
Ok sebenarnya buat julung-julung kalinya
UITM Kedah a.k.a Merbok menjadi tuan rumah untuk konvension kelab mandarin SO~
kitorang ni kira orang penting la jugak..mesti korang tertanya-tanya kenapa
KITORANG penting pulak kan..hehe sebenarrnya masa konvension tu miss H and
kawan-kawan kena perform untuk dikir barat dalam mandarin..HAA..(sambil buat mulut ternganga tak
pecaya ) hah betul la tu
apa yang miss H bagitau tu..sebenarnya antara semua-semua UITM dekat malaysia
ni UITM Kedah SAHAJA' yang ada dikir barat versi mandarin..bangga i
nok..hehe
ni lah lecture miss H masa kelas dia memang happening lah..kitorang memang sayang gila dekat dia ..laoshi banyak bagi nasihat dekat kelas
kitorang & dia memang support habis la.. dia selalu cakap tema merah
kitorang memang ong sangat & menyerlah.. kalau korang nak tahu time ni kitorang kena buat
persembahan pembukaan untuk konvension ni.. kalau tidak 3 uitm datang tapi sabah
pulak tak dapat datang saat-saat akhir just uitm perlis & melaka ja yang
dapat hadirkan diri.. kebanyakkan diorang yang datang ni nak tengok macam mana versi dikir darat melayu dalam mandarin
sebab ni first time diorang nak dengar..
| maaf la gambar ni kurang jelas sikit..almaklum la camera kitorang biasa-biasa je |
Korang tengok la muka sorang-sorang lepas diumumkan sebagai johan berlakon dalam mandarin..memang tak disangka-sangka kitorang johan keseluruhan tau..bangga i nok..siap bolot dua anugerah lagi johan dalam lakonan & multimedia terbaik. Apa-apa pun syukur alhamdulillah & tahniah miss H kepada semua kawan-kawan miss H sebab dah bertungkus lumus untuk buat persembahan yang terbaik.
| miss H tengah posing dengan salah satu hadiah pada malam tu. |
| tengok la muka-muka excited hehe ni keja juru camera la suruh ikut gaya dia tapi ado aku kisah miss H tak ikut pun buat posing sendiri je |
Miss H tak sempat nak upload video dikir barat mandarin tu..tapi tak apa lain hari miss H masukkan ye..
No comments:
Post a Comment