Sunday 29 July 2012

Doa Pendekat Jodoh

Assalamualaikum..
doa ni untuk perkongsian kita bersama

Ya Allah
seandainya telah engkau catatkan dia akan menjadi teman hidupku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah ...ya tuhan yang maha pengasih..
seiringkanlah kami melayari hidup ini..
ketepian yang sejahtera abadi..

Tetapi Ya Allah..
seandainya telah engkau takhdirkan dia bukan milikku..
bawalah ia jauh dari pandanganku..
luputkanlah ia dari ingatanku..
ambillah kebahagiaan ketika dia berada disisiku
dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah ya tuhan yang maha mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangnya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya..

Dan ya Allah yang tercinta ..
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya tuhanku..pasrahkanlah aku dengan takhdirmu
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
adalah yg terbaik buatku krn engkau maha mengetahui
segala yg terbaik buat hambamu ini

Ya Allah..cukuplah engkau saja yg menjadi pemeliharaku
di dunia & di akhirat dengarlah rintihan dari hambamu yg daif ini

Jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia ni mahupun di akhirat
menjurusku ke arah kemaksiatan & kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang diredai dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh..
AMINN......


Thursday 26 July 2012

Old Petrol Station

Assalamualaikum
hai..wah malam ni banyak pulak yang miss H nak tulis kan..walaupun kejadian ni dah berlalu isnin lepas tapi ncek nak bagitau jugak apa yang dah berlaku..hehe miss H tak kisah pun kalau korang tak nak baca., alaaa tapi korang tunggu la kejap eh kejapp jeee.. :)

Baru-baru ni lecture miss H , cik putri  bagi group assgment dekat kitorang satu kelas. dia bagi lapan pilihan barang & kita kena guna kretiviti sendiri untuk ubah barang itu menjadi satu product yang baru dipasaran & limited edition punya product.. ok antara barang-barang yang my lecture bagi ialah coconut, rambutan, old petrol station, baby stroller, pen knife, camera, watch and necklace. So kitorang kena pilih satu daripada sembilan barang ni dalam setiap group. Miss H confident tau nak ambik old petrol station, last2 satu idea pun tak keluar dari kepala otak ni.. macam dah perah santan dah hah (over sangat la pulak.hehe).

Then hari seterusnya miss H dapat idea tu pun masa tengah tido.,bangun je terus celapak ambik laptop google la apa lagi..hehe then terhasil la idea nak buat macam ni..


nasib baik la abah miss H ada tolong anak kesayangan dia ni jugak kan. walaupun pertolongan yang agak over disitu tapi abah miss H buat jugak hehe..nak tau apa dia..ala malu la nak bagitau miss H suruh abah masakkan kentang goreng sebab anak dia ni dah kebulur tahap afrika dah  haha tak da la sampai tahap tu kan tapi memang lapoo pun yela dok buat benda kecik-kecik ni perlukan kesabaran & ketelitian, tambah pulak masa tu dah pukul 3 pagi kn..
jom layan gambar-gambar ni

tido lewat kot buat benda ni..tapi berpuas hati dengan hasil kerja bersama kawan-kawan yang lain :)
our lecture miss putri yang berbaju pink tu..
sempat lagi senyum masa present..
banyak betul soalan yang budak-budak kelas tanya..
errr.. yang ni tak da kaitan..ni saja posing masa habis kelas..
ada gaya penyanyi nasyid x..haha






Kepak Ayam Bawa Penyakit Kepada Wanita?

assalamualaikum
salam ramadhan to all muslim people..ok tersentap miss H baca post ni tau..mana tak nya antara semua bahagian anggota ayam yang menjadi idaman dihatiku, kepak ayam la..bahagian tu la yang paling sedap pun sebab miss H ni tak suka sangat ayam yang isi banyak-banyak nanti tak habis makan pon..tapi sepoi betul la bila miss H terbaca post ni hari tu.,memang sekarang dah anti gila dengan kepak-kepak ni..mesti korang tertanya-tanya penyakit apa kan.. warning kepada penggemar tegar kepak ayam macam miss H ni lepas ni korang kena fikir dua kali nak beli ke tak.. jom baca  :)

Ini adalah kisah benar yang terjadi kepadanya.Hati-Hati kepada mereka yang suka makan kepak ayam! Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.
Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.
Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.


Tasik Tibriyyah (Galilee)

assalamualaikum

salam ramadhan kepada semua umat islam..disebabkan sekarang tengah bulan puasa so entry untuk bulan ni miss H nak selitkan dengan agama or info2 penting yang you all need to know..

TASIK TIBRIYYAH (GALILEE) 90 % SUDAH KERING, PETANDA DAJJAL HAMPIR TERLEPAS DARI PERANTAIAN?


Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.



Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.

Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:

Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu akan kering suatu hari nanti dan aku akan terlepas ”…..

[Ringkasan daripada Sahih Muslim]

Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka' bahawa dia (Dajjal) paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan DILEPASKAN dan akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa as) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu.

Wallahu'alam ... 
ADAKAH KITA SEMAKIN HAMPIR DENGAN DAJJAL?





Sunday 15 July 2012

Berjimba di Tupah

Assalamualaikum...

haaaiiii wah terlebih semangat la pulak kan hehe ...ok disebabkan masalah teknikal yang berlaku dekat laptop miss H banyak story yang bersarang dekat otak ni tergendala.. tapi hari ni miss H nak jugak update my journey untuk bulan ni dekat sini.. ok back to the topic.. minggu lepas kawan-kawan miss H ajak  keluar jalan-jalan dekat tupah..korang tahu tak tupah tu dekat mana????? ha yang duduk dalam kedah tak payah bagitau la, kalau tak tau jugak tak payah jadi orang kedah la.. kalau nak tau dekat mana search encik google  jela.. 

ok disebabkan tempat tu dekat je dengan rumah sewa kitorang so kitorang bertolak dalam pukul 5 macam tula. kalau nak berjalan kaki pun boleh(kalau rasa antibody tu kuat la..tak payah nak buat rajin sangat la jalan kaki

ni la muka-muka yang suka berjimba...motif nak tunjuk moto sebenarnya 

kitorang bukan nak pegi mandi pun..gila kau nak mandi, laki ramai kot..makhluk berbulu pun ada..kitorang just rendam-rendam kaki jela, nak lepaskan gian la katakan.. ni hah gambar-gambar masa dekat sana yang sempat miss H upload la eh..

kalau dah start bergambar jangan suruh kami berhenti ok..INI SATU AMARAN!
ice cream abang mamak pon boleh..walaupun dah tahu mahal tapi nak beli jugak kan..

nak sama dengan minah rempit tak...
ya Allah macam setahun tak makan..hehe

Terpukau

assalamualaikum

hai semenjak blog tak boleh bukak dekat laptop rasa lain macam je..yela dah lama kot tak update apa-apa entry..rindu sangat this moment.. sem kali ni macam-macam yang terjadi dekat miss H.(mesti korang kata ada kami kisah) alah x nak ambik tahu pun tak apa janji miss H tak kacau hidup orang..KAN! hehe

ok semalam miss H & parent pegi majlis kenduri kawan abah miss H.. first pegi tu biasa-biasa ja la kan..then miss H ajak mak miss H masuk dalam rumah kenduri.. tak tahu la kenapa hati miss H masa tu nak sangat masuk..then bila masuk je kaki kanan WOWW! cantik sangat99x rumah dia..macam istana kayangan(melebih la tu hehe)., tpi memang cantik sangat dekorasi rumah dia..(wah kan bagus kalau miss H permaisuri dekat rumah tu)

korang tengok ni, pelamin dia pun dah kebabomm., tambah lagi dengan dekorasi rumah yang miss H tak dapat nk tulis kecantikan dia..
abaikan makhluk berbaju biru tu
time ni kawan miss H ni datang umh..mmg beruntung la kan dapat pula makan nasi daging..
abaikan makhluk berbaju biru tu..
kalau dah nama pun gila camera memang tak boleh nak kata apa la kn..hehe time dok pozing ni memang tak nak turun dah..hehe nak melekat je dekat atas pelamin tu., tapi apakan daya saya masih solo lg..sila take note ok.. =D

miss H siap bagitau mak lagi, nanti tolong carikan bakal suami yang macam ni..hehehe., wah kalau dapat rumah macam ni bahagianya hari-hari miss H.. hehe