Sunday, 30 December 2012

Family Gathering

assalamualaikum..

hai pembaca-pembaca blog semua :) nak tahu la jugak kan ada ke orang yang nak baca blog miss H  ni..
(ayat mintak simpati plzz la faham.. hehe).. dah lama rasanya miss H  tak post apa-apa entry dekat blog kesayangan ni,  and yang penting ada jugak la pekembangan positif walaupun miss H tinggalkan blog ni kejap..thank sangat-sangat kepada blogger2 yang nak follow blog miss H yang tak seberapa ni kan (buat ayat sedih pulakkk).. ok yang pasti miss H dah follow korang balik ;)

ok back to the topic..jumaat baru-baru ni family miss H ada bt gathering sikit-sikit dengan sepupu-sepupu yang lain.. memang happening habis la and yang penting makan yang disajikan kesukaan miss H ok..nak tahu apa...hehehe laksa la..saya ni memang hantu laksa almaklum la abah miss H masa zaman retro dulu, dia bukak kilang laksa so anak dia yang x retro ni pun kena tempias badi laksa la kot hehehe

gathering kali ni lain sikit dari sebelum-sebelum ni..mak-mak sedara saya komplot(terlebih over ayat bunyi macam nak buat sendikit haram je..oppss) nak buat bubur asyura. Ha ada ka dekat sini yang tak penah tau & tak mau ambik tau benda apa la bubur asyura tu..ok fine mehh2 miss H nak tunjuk benda apa asyura tu..yang pasti adik-adik, makcik-makcik sekalian, benda ni sejenis makanan ok. :)

jom kita tengok gelagat kitorang masa tu...kalau nak tempahan boleh je tapi kena bayar lebih la..huhuhuhu

makan panas-panas lagi sedap..ok time dok tulis ni tiba-tiba nak makan lagi..lapaq la  pulakk
ni lah hasilnya lepas masukkan semua bahan-bahan
ni santan ok.. bukan susu :)
ni baru masukkan santan..
semua dah x sabar nak makan..lapooo 

Monday, 8 October 2012

[Film] Naskhah Cinta Rasulullah

assalamualaikum

rasanya antara semua filem yang miss H tengok sebelum-sebelum ni, filem pendek ni yang paling menyentuh hati..
tengokk!! tak padan dengan nak exam hari rabu ni..menyempat lagi miss H tonton cerita ni..tapi sekurang-kurangnya dapat la jugak pengisian ilmu agama kan..

ni semua gara-gara roomate miss H.. mula-mula kitorang bosan study then miss H ajak tengok cerita hello brother., then tengok setengah jalan terus bukak cori cori cupke cupke..last sekali roomate miss H suggest suruh bukak video ni..hah! cerita apa pulak la yang dia bagi ni kan..so miss H pun layan la..tengok-tengok dia pun join sekaki jugak..filem ni memang boleh tandingi 7 petala cinta pun..hoho(rasanya tak melampau kan..

ok malas nak cakap banyak..korang tengok la eh..banyak ilmu yang boleh dapat dari sini..terutamanya yang tengah dok hangat bercintaa tu kan..

ok la wish me luck yaah..nak sambung study.. k assalam. =)

Wednesday, 19 September 2012

Pendedahan Wajah Pengarah Innocence Of Muslim


Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.
Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad.
Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.
Nakoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliau adalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.
Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan.

Di California, Gurji yang berusia 21 tahun, yang melakonkan watak pengantin kanak-kanak yang dikahwinia Muhammad dalam filem tersebut meluahkan rasa kesal kerana dia telah ‘dikhianati’ oleh Nakoula. Dia juga melahirkan rasa takut akan tindak balas umat Islam ke atasanya
‘Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang bernama George, “katanya. ‘Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya.
‘Saya penganut katolik oleh itu mereka mungkin fikir saya menentang umat Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari. Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem. Apabila orang menonton filem buruk itu mereka akan melihat saya. ‘
Gurji berkata dia dan pelakon lai percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. Nakoula atau ‘Sam’ tidak pernah menyebut tentang agama.
‘Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi Hilary, pengantin muda kepada watak yang dipanggil George, “katanya. ‘Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah purba. – wasukalu.blogspot.com

Sunday, 16 September 2012

Taecyeon 2PM

assalamualaikum..


ok pict ni sangat-sangat la handsome...x mau orang lain dah nak taecyeon sorang ja..mak jom p korea kita pinang dia hohoho


lepas miss H tengok khuntoria dalam we get married terus miss H jatuh hati dengan penyanyi kumpulan 2PM ni... angau sudah.. :P 
apa yang miss H minat tentang dia..hmmmm sebab suara dia kot..macho habis la bila dengar garau' je kan hehe..tapi kaaaaan muka dia macam anak menakan miss H la walaupun xda la sama sejibik kan..
 lepas ni pak cik youtube la jadi mangsa miss H..nak tahu sebab apa...hohoho mesti la nak cari cik abang saya sorang ni..taecyeon wait for me.... =D





Tuesday, 11 September 2012

Jiwang Karat Bersalut Islamik


assalamualaikum
Sejak akhir-akhir ni, ramai yang sudah mulai sedar mengenai haramnya bercouple sebelum nikah. Mungkin ramai yang kurang setuju dengan pendapat syadid ini. Apapun pandangan yang ada... Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membawa satu perubahan yang sangat positif. Ramai yang semakin berusaha untuk mencari nilai cinta "High Class".
Tapi....
Tidak dinafikan adakalanya diri ini naik mual dengan ayat-ayat yang di'post' di alam maya, seperti..
"Duhai mujahidku, mujahidahmu menanti di sini"
"Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Di manakah anda?"
"Nak solat tahajjud sama-sama dengan suami nanti..."
"Kasih saya hanya untuk suami"
Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik di'post' di alam maya.
Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.
Ingatlah... isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu syria, isu palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan.
Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah!
 Kenapa saya titikberatkan hal ini?
Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah dalam surah an-nur.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
(Surah an-Nur ayat 26)
Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?
Sedangkan Allah telah berfirman lagi:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(Surah al-Ankabut ayat 2)
Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah!

Stop Searching For A Prince

assalamualaikum..


Nowadays, there is a trend on Facebook/Twitter/blog/tumblr where people would talk about marriage; demanding a great, soleh husband/wife to enter the Jannah together and so on.
Looking at a positive side, I can't deny that it is good for us to have a perspective that a relationship between a man and a woman is a thousand way better with marriage - as all of us (Muslims) get the fact that marriage has more barakah and is a halal way to express love.
Furthermore, a successful marriage is a door to Jannah. I find that it is beautiful when it is said that if a woman is a man's key to paradise (by helping him to fulfill his deen with her through marriage and being an obedient wife), so, a man is a woman's door to Jannah. The key that opens the door - a husband and a wife need each other's help to get there, masya-Allah.
The Prophet Muhammad SAW said: ''The most perfect believer in faith is the one whose character is finest and who is kindest to his wife.'' (Tirmidhi and Nasa'i)
As a Muslim woman, I also want a great man to marry me - the man who lowers his gaze so that I become the only woman he sees, the man who preserved his heart for me, the man whose love will make me stronger - a gift from Allah, insya-Allah. Surely, I want him to encourage me to be closer to Allah in our baitul muslim; baitul dakwah.
But sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status? No.
And why do you focus on finding a righteous man (a prince of deen) only? Stop it. Don't let your imagination ruin yourself. There are many doors of Jannah so there are many ways to enter them. Don't just focus on one way (marriage). Be a righteous person first, prepare yourself. Devote yourself to Allah and when you stop searching for a prince and make Allah the King of your heart, He will help you to complete your fairy tale.
"I tell the boys and girls; Allah has already written the name of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time." - Sheikh Mamdouh
For ladies, remember this - don't worry if you haven't found your life partner. Be a righteous woman not just because you want to marry a righteous man. Marry a righteous man not just because you want him to go with you to Jannah. You can attain Jannah with or without marriage. Now is the time for you be the one that can lead yourself there.
Take Maryam RA as an example. She never did get married but was still a righteous woman in the eye of Allah SWT. He says:
"And (the example of) Mary, the daughter of 'Imran, who guarded her chastity, so we blew into (her garment) through Our Angel, and she believed in the words of her Lord and His scriptures and was the devoutly obedient."
(Surah at-Tahrim, verse 12)
Pray and make du'a for the best, not just for life in dunya but also for hereafter. Ask Allah to forgive our sins, our parents' sins, our family's, teachers' and friends'. Don't forget to make du'a for our brothers and sisters in Palestine, Iraq, Syria, Afghanistan and Burma after every prayer.
And ask Allah to help ourselves to be among the righteous men.

Thursday, 6 September 2012

Jenazah Suami



seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 

dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah..menitis airmataku bila membaca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

Saturday, 1 September 2012

i love funfair !

assalamualaikum

fun fair was something we not forgotten long time ago..did you have any idea when was your last visit to fun fair somewhere in your place? :)
in my memory, fun fair was something quite fun when i was young. Dulu miss H selalu pergi dengan sepupu-sepupu & kakak-kakak, masa kecik-kecik nak naik game yang mencabar tapii takot bebenor tapi bila dah besau semua benda nak naik..hehe

dulu masa pergi genting highland tak sempat nak naik discovery & swinging chair..memang dua game ni miss H nak naik sangat tapi tak sempat sebab masa tu ramai sangat orang beratur nak naik benda alah ni..tapi hehe hasrat tercapai jugak semalam..saya dah naik swinging chair walaupun tak da la mencabar macam dekat genting tu tapi lepas ni nak naik lagi..plzzz sapa-sapa tolong belanja :D

muka poyo gila lepas naik swinging chair... dah la lepas kena tipu dengan member, miss H ingat dia nak naik sekali  bila pusing belakang dia tak naik pon..hampeh betoi la..

then discovery miss H tak naik pon semalam..game ni cukup la sekali je naik mau muntah hijau kang..ari tu masa fun fair buat dekat stadium darul aman miss H dah naik dengan sepupu, rasa macam nak tercabut je kepala tau dakk..
discovery is what it called. makes you discovery what is real dizzy!
actually the thing moves really fast! after few turn my head also turns o_0
so pening & those who will faint easily are strongly advised not to take this ride :)
disebabkan kawan miss H nak naik yang bulat besar tu(miss H lupa la apa nama game tu hehe) kita pun ikot la..masa naik tu tengok muka dia dah cuak gila then miss H tanya ko penah naik tak sebelum ni..dia kata ni second time dia naik and last dia naik masa kecik-kecik dulu hehe no wonder la muka dia cuak abis..tapi apa-apa pun memang enjoy abis la dengan dia..dia la satu-satunya kawan miss H yang paling miss H rapat..lepas ni jom dating lagi tempat-tempat macam ni.. :P


sempat lagi suruh dia take picture, :)
miss H sempat ambik gambar then bila tanya balik tu guest what??..dia dah delate  & say muka dia cuak sangat dalam pict tu hahaha lawak betol la..
ingat nak pergi lagi la fun fair dekat sungai petani..ada sapa-sapa nak belanja tak.. :)

ni pulak second day pergi dengan housemate..nak naik setiap game pun jenuh berbincang..iye la  ada yang takot nak naik..
second day wit housemate!
muka lepas naik discovery..lawak betul keadaan sorang-sorang masa ni...otway balik, dalam kereta semua pakat tawaduk ja sebab pening..hahaha
(dari kiril lia, miss H, dila & nabila) and camera women asiah)





Wednesday, 29 August 2012

Saturday, 25 August 2012

open house with big family

assalamualaikum
sebelum tu miss H nak ucapkan selamat hari raya kepada semua umat islam di malaysia...best tak raya korang tahun ni...bagi miss H, best la jugak sebab dapat berkumpul dengan orang tersayang tambah-tambah pulak tahun ni semua beraya dekat kampung,memang meriah sakan la kan..orang yang lalu dekat jalan pun mesti ingat ada kenduri sebab kereta spupu-sepupu + adik beradik yang balik raya tahun ni..

raya pertama kali ni umah miss H buat laksa dengan sate..wah meriah kau nok..banyak sangat muka-muka baru yang bertandang dekat rumah, padahal tahun-tahun sebelum ni diorang tu tak pernah datang pon beraya.,tapi sekurang-kurangnya miss H dapat la jugak kenal diorang..
raya kali ni ramai la jugak kawan-kawan miss H yang datang beraya..thank la weh sebab mai umah & tolong habiskan sate tu..

ni hah gambar-gambar masa hari raya baru-baru ni..jom layan

miss H dengan sepupu kesayangan

sama tak muka kami..anak kesayangan mak la katakan..hoho
abang & kak jangan jelas,sapa suruh kawin awai..wekk..

tu dia tu dia sate mai..tapi ni bukan dekat umah miss H la..ni miss H pegi masa open house umah mak mentua akak miss H

anak menakan kesayangan..tengok!! dah sama tinggi..bila la miss H nak tinggi lagi..aish..

ni pulak raya ke-6..kitorang bergabung semua family buat makan-makan..menu makanan kelass kau mariaa..spaghetti + bihun tomyam & banyak lagi..tak mau cakap banyak..jom layan pict

main menu..
semua tengah tunggu nak baham ayam panggang..
ni baru sikit sepupu miss H..ramai lagi dalam rumah

kusyuk bakar ayam dengan spupu sampai tak perasan orang snap pict kitorang..
gelagat budak-budak kecik..pening kepala dengan diorang ni..












Tuesday, 14 August 2012

Salam Takziah dari Sahabat kepada Sahabat

assalamualaikum

Dalam kita sibuk dengan mood raya tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita buruk dari seorang sahabat..
miss H rasa sedih sangat dengan sorang kawan kelas miss H yang mana mak dia telah kembali ke rahmatullah lepas buka puasa tadi..petang tadi baru ja nampak dia dekat bazar tub tub malam dapat berita ni..hati mana tak sedih bila dapat tahu mak kandung meninggal kan tambah-tambah pulak dah dekat na raya..dah la esok dia ada test, apa-apa pun miss H ucapkan takziah buat dia., kuatkan semangat ingat kami semua sebagai sahabat sentiasa ada disisi.

kami sentiasa ada untuk beri semangat kepada ang Syam ..Allah nak duga ketabahan hati kita.,kuatkan semangat :)
masa housemate bagitahu tentang berita ni macam tak pecaya,betul ka ni., tiba-tiba miss H teringat mak dekat kampung. tak tahu la dua tiga hari ni miss H sentiasa teringat mak abah sedangkan setiap hari sentiasa call diorang., tapi apa-apa pun kita sentiasa beringat yang hidup pasti akan pergi jua., hargai orang yang terpenting dalam hidup kita sebelum terlambat..bahagiakan mereka ketika mereka masih hidup.

al-fatihah

tiada siapa dapat menggantikankan kasih seorang yang bergelar ibu.,mereka yang melahirkan kita dan membesarkan kita tampa rasa penat., hilang seorang yang ber nama ibu terasa hidup ini tak bermakna lagi..ibu sentiasa mendoakan anak-anaknya menjadi soleh dan solehah, jika tiada mereka tiada lagi yang akan mendoakan kita sebagai seorang anak.

cek terlalu sayangkan mak abah., cek tak boleh hidup tanpa mak abah di sisi cek...

Monday, 13 August 2012

A famous Women Inventor of Chocolate Chip Cookies

RUTH WAKEFIELD
Mesti korang tertanya-tanya kan sapa pulak la minah saleh ni..ok ni la assignment miss H untuk minggu ni., kitorang kena cari pencipta asal kepada sesuatu barang or apa-apa jalah then kena buat report & cerita background inventor tu. ni la hasilnya, report dah siap, dah selamat sampai dekat tangan miss pn..alhamdulillah :) (miss H copy paste je ni dari report tu)


The history of chocolate chip cookies dates back to 1993. Ruth Wakefield is the women who invented chocolate chip cookies was running the Toll House Inn in Whitman, and unexpected arrived at the chocolate chip cookies.
In her attempt to bake a butter drop cookies, Ruth Wakefield added a broken up semi-sweet chocolate bar gifted from Andrew Nestle to her dough. Actually, the recipe is called for baker’s chocolate which Ruth did not have. She thinking that the semi-sweet chocolate would melt into the dough to making chocolate flavored dough, then the cookies came out with a part of chocolate nestled into golden delicious vanilla based dough. She served cookies to her guests and all of them like her recipe.
The history of chocolate chip cookies does not stop there. This recipe spread quickly of Ruth’s new and she become most popular locally and also her cookies recipe was publish in Boston newspaper.
Then the Nestle company know about that and want to make agreement with Ruth. Then Ruth and Andrew realized the potential of their perfect union from chocolate chip cookie recipe that she accidently invented. A deal was happen and Ruth gave Nestle the rights to print her recipe on the backs of his chocolate bars. In return, she want request a life time supply of his chocolate co she could continue to make her cookies at the Toll House.




Ruth Wakefield is the inventor of chocolate chip cookies and the owner of the Toll House Inn and restaurant. She born in 17 Jun 1905, then she graduated from Framingham State Normal School and now that school is called Framingham State Collage,  in Massachusetts in 1924, and began work as a dietitians and food lecturer .
 in 1930, she and her husband, Kenneth Wakefield purchased a Cape Cod style Toll House at Whitman, Massachusetts and the location is located halfway between Boston and the tourist town of New Bedford. Ruth and husband have two children and her son name is Kenneth Donald Wakefield and her daughter Marry Jane.
Ruth Graves Wakefield passed away in 10 January 1977. Prior to her death, Ruth Wakefield donated her collection of cookbooks to her former school, Framingham State.

Sunday, 29 July 2012

Doa Pendekat Jodoh

Assalamualaikum..
doa ni untuk perkongsian kita bersama

Ya Allah
seandainya telah engkau catatkan dia akan menjadi teman hidupku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah ...ya tuhan yang maha pengasih..
seiringkanlah kami melayari hidup ini..
ketepian yang sejahtera abadi..

Tetapi Ya Allah..
seandainya telah engkau takhdirkan dia bukan milikku..
bawalah ia jauh dari pandanganku..
luputkanlah ia dari ingatanku..
ambillah kebahagiaan ketika dia berada disisiku
dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah ya tuhan yang maha mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangnya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya..

Dan ya Allah yang tercinta ..
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya tuhanku..pasrahkanlah aku dengan takhdirmu
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
adalah yg terbaik buatku krn engkau maha mengetahui
segala yg terbaik buat hambamu ini

Ya Allah..cukuplah engkau saja yg menjadi pemeliharaku
di dunia & di akhirat dengarlah rintihan dari hambamu yg daif ini

Jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia ni mahupun di akhirat
menjurusku ke arah kemaksiatan & kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang diredai dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh..
AMINN......


Thursday, 26 July 2012

Old Petrol Station

Assalamualaikum
hai..wah malam ni banyak pulak yang miss H nak tulis kan..walaupun kejadian ni dah berlalu isnin lepas tapi ncek nak bagitau jugak apa yang dah berlaku..hehe miss H tak kisah pun kalau korang tak nak baca., alaaa tapi korang tunggu la kejap eh kejapp jeee.. :)

Baru-baru ni lecture miss H , cik putri  bagi group assgment dekat kitorang satu kelas. dia bagi lapan pilihan barang & kita kena guna kretiviti sendiri untuk ubah barang itu menjadi satu product yang baru dipasaran & limited edition punya product.. ok antara barang-barang yang my lecture bagi ialah coconut, rambutan, old petrol station, baby stroller, pen knife, camera, watch and necklace. So kitorang kena pilih satu daripada sembilan barang ni dalam setiap group. Miss H confident tau nak ambik old petrol station, last2 satu idea pun tak keluar dari kepala otak ni.. macam dah perah santan dah hah (over sangat la pulak.hehe).

Then hari seterusnya miss H dapat idea tu pun masa tengah tido.,bangun je terus celapak ambik laptop google la apa lagi..hehe then terhasil la idea nak buat macam ni..


nasib baik la abah miss H ada tolong anak kesayangan dia ni jugak kan. walaupun pertolongan yang agak over disitu tapi abah miss H buat jugak hehe..nak tau apa dia..ala malu la nak bagitau miss H suruh abah masakkan kentang goreng sebab anak dia ni dah kebulur tahap afrika dah  haha tak da la sampai tahap tu kan tapi memang lapoo pun yela dok buat benda kecik-kecik ni perlukan kesabaran & ketelitian, tambah pulak masa tu dah pukul 3 pagi kn..
jom layan gambar-gambar ni

tido lewat kot buat benda ni..tapi berpuas hati dengan hasil kerja bersama kawan-kawan yang lain :)
our lecture miss putri yang berbaju pink tu..
sempat lagi senyum masa present..
banyak betul soalan yang budak-budak kelas tanya..
errr.. yang ni tak da kaitan..ni saja posing masa habis kelas..
ada gaya penyanyi nasyid x..haha






Kepak Ayam Bawa Penyakit Kepada Wanita?

assalamualaikum
salam ramadhan to all muslim people..ok tersentap miss H baca post ni tau..mana tak nya antara semua bahagian anggota ayam yang menjadi idaman dihatiku, kepak ayam la..bahagian tu la yang paling sedap pun sebab miss H ni tak suka sangat ayam yang isi banyak-banyak nanti tak habis makan pon..tapi sepoi betul la bila miss H terbaca post ni hari tu.,memang sekarang dah anti gila dengan kepak-kepak ni..mesti korang tertanya-tanya penyakit apa kan.. warning kepada penggemar tegar kepak ayam macam miss H ni lepas ni korang kena fikir dua kali nak beli ke tak.. jom baca  :)

Ini adalah kisah benar yang terjadi kepadanya.Hati-Hati kepada mereka yang suka makan kepak ayam! Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.
Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.
Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.


Tasik Tibriyyah (Galilee)

assalamualaikum

salam ramadhan kepada semua umat islam..disebabkan sekarang tengah bulan puasa so entry untuk bulan ni miss H nak selitkan dengan agama or info2 penting yang you all need to know..

TASIK TIBRIYYAH (GALILEE) 90 % SUDAH KERING, PETANDA DAJJAL HAMPIR TERLEPAS DARI PERANTAIAN?


Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.



Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.

Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:

Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu akan kering suatu hari nanti dan aku akan terlepas ”…..

[Ringkasan daripada Sahih Muslim]

Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka' bahawa dia (Dajjal) paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan DILEPASKAN dan akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa as) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu.

Wallahu'alam ... 
ADAKAH KITA SEMAKIN HAMPIR DENGAN DAJJAL?





Sunday, 15 July 2012

Berjimba di Tupah

Assalamualaikum...

haaaiiii wah terlebih semangat la pulak kan hehe ...ok disebabkan masalah teknikal yang berlaku dekat laptop miss H banyak story yang bersarang dekat otak ni tergendala.. tapi hari ni miss H nak jugak update my journey untuk bulan ni dekat sini.. ok back to the topic.. minggu lepas kawan-kawan miss H ajak  keluar jalan-jalan dekat tupah..korang tahu tak tupah tu dekat mana????? ha yang duduk dalam kedah tak payah bagitau la, kalau tak tau jugak tak payah jadi orang kedah la.. kalau nak tau dekat mana search encik google  jela.. 

ok disebabkan tempat tu dekat je dengan rumah sewa kitorang so kitorang bertolak dalam pukul 5 macam tula. kalau nak berjalan kaki pun boleh(kalau rasa antibody tu kuat la..tak payah nak buat rajin sangat la jalan kaki

ni la muka-muka yang suka berjimba...motif nak tunjuk moto sebenarnya 

kitorang bukan nak pegi mandi pun..gila kau nak mandi, laki ramai kot..makhluk berbulu pun ada..kitorang just rendam-rendam kaki jela, nak lepaskan gian la katakan.. ni hah gambar-gambar masa dekat sana yang sempat miss H upload la eh..

kalau dah start bergambar jangan suruh kami berhenti ok..INI SATU AMARAN!
ice cream abang mamak pon boleh..walaupun dah tahu mahal tapi nak beli jugak kan..

nak sama dengan minah rempit tak...
ya Allah macam setahun tak makan..hehe

Terpukau

assalamualaikum

hai semenjak blog tak boleh bukak dekat laptop rasa lain macam je..yela dah lama kot tak update apa-apa entry..rindu sangat this moment.. sem kali ni macam-macam yang terjadi dekat miss H.(mesti korang kata ada kami kisah) alah x nak ambik tahu pun tak apa janji miss H tak kacau hidup orang..KAN! hehe

ok semalam miss H & parent pegi majlis kenduri kawan abah miss H.. first pegi tu biasa-biasa ja la kan..then miss H ajak mak miss H masuk dalam rumah kenduri.. tak tahu la kenapa hati miss H masa tu nak sangat masuk..then bila masuk je kaki kanan WOWW! cantik sangat99x rumah dia..macam istana kayangan(melebih la tu hehe)., tpi memang cantik sangat dekorasi rumah dia..(wah kan bagus kalau miss H permaisuri dekat rumah tu)

korang tengok ni, pelamin dia pun dah kebabomm., tambah lagi dengan dekorasi rumah yang miss H tak dapat nk tulis kecantikan dia..
abaikan makhluk berbaju biru tu
time ni kawan miss H ni datang umh..mmg beruntung la kan dapat pula makan nasi daging..
abaikan makhluk berbaju biru tu..
kalau dah nama pun gila camera memang tak boleh nak kata apa la kn..hehe time dok pozing ni memang tak nak turun dah..hehe nak melekat je dekat atas pelamin tu., tapi apakan daya saya masih solo lg..sila take note ok.. =D

miss H siap bagitau mak lagi, nanti tolong carikan bakal suami yang macam ni..hehehe., wah kalau dapat rumah macam ni bahagianya hari-hari miss H.. hehe